Monday, 27 July 2015

12 SYAWAL - SELASA-28 julai 2015- RESIPI MAMA - NASI LEMUNI- Rombakan Kabinet 2015

12  SYAWAL - SELASA-28 julai 2015

Berita Hari Ini :...
Pengumuman Kabinet Baru:  
Muhyaddin Yasin diganti dgn Zahid Zabidi


Rombakan Kabinet  Baru

Hari ini  ....

MASAK Nasi LEMUNI  versi MAMA

Daun LEMUNI


Sambal Telor versi OYA
Rujukan Internet:


Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • Bahan A:
  • 4 cawan beras, cuci dan toskan
  • Bahan B - tumbuk lumat:
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 cm halia
  • Bahan C:
  • 10 kuntum bunga cengkih
  • 4 cm kulit kayu manis
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • Bahan D:
  • 4 cawan air - atau secukupnya (saya guna beras basmathi, jadi nisbah beras dan jumlah cecair 1:1.5)
  • 1 cawan pati santan
  • 1 sudu makan garam - atau secukupnya
  • Bahan E - kisar:
  • 1 cawan air
  • Segenggam daun lemuni

Cara-cara

  1. Satukan B, C, D dan E di dalam periuk (masukkan garam secukup rasa).
  2. Masukkan beras dan kacau rata. Jerang di atas api hingga mendidih. (Saya masak dalam rice cooker.. macam masak nasi biasa.)
  3. Kacau lagi dan apabila air kering, tutup periuk dan perlahankan api hingga nasi masak. (Saya kacau apabila air hampir kering dan biarkan hingga masak.)
  4. Nasi lemuni ini sesuai dihidangkan bersama sambal nyior dan sambal tumis udang. Untuk resipi sambal nyior/kelapa, rujuk di http://www.myresipi.com/top/detail/20347
  5. Daun_lemuni
    Sebagai rujukan, inilah rupa daun lemuni.. Info tambahan - daun lemuni dimakan sebagai ulam (saya tak tertelan sebab sangat pahit!) atau dimasak dengan nasi oleh wanita yang dalam pantang selepas melahirkan anak.




No comments:

Post a Comment