Ramadan 3..20.06-sabtu
Famili sya berbuka puasa kat rmah
Resepi Mama
2. Ayam goreng berempah
3. Pajeri nenas- pajeri mangga
4. Sayur sawi mini(putih) goreng
5. Budu
Dessert: otak2..(Sya beli)
Minuman : air macam2 rasa – herba- serai+ lemon+mint
= asam boi= air laici+ aiskrim soda
Air kelapa…air manga..tembikai
Ayam masak lemak kuning kaduk
Bahan-bahan:
Ayam - 1 ekor di potong 12
Ubi kentang- 2 bji
Pucuk kaduk - 10 helai- dihiris kasar
Pucuk asam keping / asam keping- 3 keping
Santan (20 ml) + 3 cawan air
Garam secukup rasa
Bawang merah - 5 biji
Bawang putih- 3
Lengkuas - 1 inci
Serai - 2btg dihiris
Cili padi - 5 biji................dikisar halus bersama santan.
Cara memasak :
Kecutkan ayam santan terlebih dahulu hingga kering airnya.
Masukkan bahan kisar bersantan , kentang , garam dan biarkan sehingga ubi kentang empok.
Masukkan daun kaduk, asam keping. , sehingga mendidih.
AYAM GORENG BEREMPAH
Bahan-bahan:
Ayam ..terutama bahagian bersendi- peha, kepak
Rempah daging, bawang putih- 10 , lada sulah, garam secukup rasa.
Minyak. Daun kari.
Kaedah :
1. Tumbuk bawang putih kasar. Lumurkan pada ayam dan rempah daging , garam lada sulah. Perapkan.sebentar. Setengah jam lagi ok.
2. Panaskan minyak. Masukkkan dan kari..Ayam yang diperap.Goreng hingga kekuningan.
Sawi mini goreng / kailan/ kangkung
Bahan-bahan:
Sawi mini - 20
Udang kering- 1 sudu
Cili masak - 1 biji
Bawang puteh- 3 biji
Bawang merah - 2 biji.... Di tumbuk kasar
Garam secukup rasa
Kaedah :
1. Tumiskan bahan tumbuk. .
2. Masukkan sawi sebentar sehingga kecut. Letakkan sedikit air.
Pajeri Nenas
Bahan-bahan:
1 biji nenas masak - di potong kecil2 , dicelur sekejap., ditapis
Bawang merah - 6 biji
Bawang putih - 2 biji
Halia - 1 inci .............Di tumbuk halus
Udang kering- 1 cawan direndam , ditumbuk.
Gula enau - 1 ketul; gula pasir
Rempah kari- 3 sudu besar
Cili giling- 3 sudu besar
Santan (200ml) + 3 cawan air
Kaedah:
1. Tumis bawang, cili,rempah, udang kering.
2. Masukkan santan -air, gula enau,gula pasir.
3. Masukkan Nenas / Mangga . Masak hingga mendidih.
Rempah kari- 3 sudu besar
Cili giling- 3 sudu besar
Santan (200ml) + 3 cawan air
Kaedah:
1. Tumis bawang, cili,rempah, udang kering.
2. Masukkan santan -air, gula enau,gula pasir.
3. Masukkan Nenas / Mangga . Masak hingga mendidih.
No comments:
Post a Comment