Tuesday, 23 June 2015

RESIPI MAMA -RAMADHAN 5 -21062015

Ramadhan Hari ke 5 – Isnin  210615



Resepi Mama

1.       Ikan pari masak kuah lada 
2.       Kangkung  GORENG
3.       Budu

Dessert: 
 Pulut + Kuah Durian 









Ikan Pari masak Kuah Lada 

Bahan-bahan:

Ikan pari - 2 kepingan
 ( Ikan bawal hitam; ikan tenggiri pun sesuai)

Bendi - 10 biji
Tomato - 2 biji dibelah 4
Daun kari
Asam Jawa - segenggam - ambil airnya

Bawang merah - 6 biji
Bawang puteh - 3 biji
Halia - 1 inci
Belacan - 1 keping kecil -1inci
Cili giling - 3 sudu besar.....semua ini ditumbuk halus

Rempah Kari - 3 sudu besar
Minyak utk masak; Garam secukup rasa.


Kaedah :

1. Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Kemudian bahan-bahan yang dikisar. Cili giling dan rempah dibiarkan garing kekuningan.
2. Masukkan air asam jawa..+ air 3 cawan. Biarkan mendidih.
3. Masukkan Ikan . Bendi..Tomato. Belahan cili hijau (jika ada). Biar mendidih dan angkat.


Masak Pulut- Kuah Durian

Bahan-bahan:


Pulut - 1kg

2 biji durian- 10 ulas durian
Gula enau- 1 ketul
Gula pasir- 1 senduk besar
Santan (200ml) + 3 cawan air

Daun pandan



Kaedah:

Pulut di tanak seperti masak nasi biasa.


Kuah Durian:

Masukkan 10 ulas durian .santan + air , gula enau, gula pasir dan daun pandan. Masak hingga mendidih.

No comments:

Post a Comment